Saturday, March 16, 2019

Pengalaman di Kolej Professional Mara Beranang

Bismillahirrahmanirrahim, tergerak hati nak share pasal pengalaman belajar di KPMB walaupun dah semester 3 sekarang sebab yalah tak lama lagi kan ada intake lepasan SPM so maybe ada yang berminat nak masuk sini.
kena blurkan sebab muka sedih nak kena tinggal 

Mula mula dengar Beranang ni dah seram sejuk yala takut jugak kalau tempat perkampungan orang asli ke haha overrrrrrrrrr. Tapi actually quite strategic (bolehla) hahaha kalau keluar pintu belakang korang akan nampak bus rapid . So bersyukur la sebab ada kemudahan bus rapid, senang nak pegi Tesco Semenyih, pergi Pekan Kajang and so on. Nak cakap pasal nak keluar jalan naik bus rapid ni panjang benor so korang nanti dah masuk confirm pandai bawak diri. Cuma curfew bila duduk kamsis (asrama) ni pukul 8pm la hahaha goodluck ye adik adik. 

Cakap pasal kamsis, usually sem 1 & sem 2 still senang dapat kamsis. I mula sewa rumah waktu sem 3, time tu tak dapat kamsis sebab merit sikit haha yala nak dapat merit kena selalu pergi jemaah kat surau. Terpengaruh syaiton sikit masatu haha tapi I sewa flat belakang je sebab dekat and sewa rumah tak sampai RM400 pun. Dah duduk luar ni seronoklah takda curfew tapi tak keluar mana sangat pun sebab tak ramai kawan kah kah kah sedih! Lagi sedih duduk flat belakang ni line siput sedut cheese aduhai kalau duduk kamsis ada unifi lagi tau maka dengan ini saya menyeru adik adik ke surau selalu supaya dapat merit banyak hahaha.

Yang kureng sikit kat sini pasal facilities yang beshe beshe je. Suasana kat sini pun lebih kurang macam kat sekolah jugak dengan pemakaian setiap hari baju kurung/jubah and banyak lagi taknak lah list nanti korang sedih hahaha tiberrrr. Tapi best part is dapat elaun mara weh! RM300 sebulan free free sapa nak bagi hahaha plus yuran every semester pun tak mahal. Plus diploma kat kpm ni 2 tahun je mana nak dapat abang abang kakak kakak hahaha. Maka cuti paling lama boleh dinikmati pun seminggu jelah. 

Oh korang tau tak kalau masuk sini korang akan belajar Mandarin! Tapi bergantung jugak course apa yang korang ambil contoh kalau ambil course Computer Science korang tak belajarla mandarin sebab kawan aku bagitau jarang orang jumpa computer cakap Mandarin hmm hambar kan so selepas kejadian tu kitorang dah tak berkawan haha tak tak....gurau! 

Dah buntu nak share pasal apa lagi so kalau korang ada benda nak tanya atau nak tahu pasal KPM Beranang ni bolehla direct mesej I kat instagram @nidanasyita hahahaha bukan promote tapi sebab kalau comment kat sini jarang rajin nak baca. Gittew!